Inisiatif pengurusan, penyuraian dan penambahbaikan sistem trafik bagi mengurangkan kesesakan serta meningkatkan pergerakan yang lebih efisien.
Pilih salah satu projek untuk melihat maklumat terperinci.
Cadangan pelaksanaan contra lane di Jalan Skudai – JB bertujuan untuk meningkatkan kapasiti jalan sedia ada semasa waktu puncak dan mengurangkan kesesakan trafik ke arah bandar Johor Bahru.
Imbas kod QR untuk memuat turun laporan lengkap cadangan projek.
Inisiatif penutupan Jalan Jim Quee bagi mengurangkan kemasukan kenderaan persendirian dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di kawasan teras bandar.
Laluan Kulai – JB dan laluan Pasir Gudang – Kempas yang menghubungkan kawasan pinggir bandar ke pusat bandar Johor Bahru.
Perkhidmatan Electric Train Service (ETS) yang menghubungkan Johor Bahru dengan pusat-pusat bandar utama di Semenanjung Malaysia.
Rapid Transit System (RTS) menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura, meningkatkan aksesibiliti merentas sempadan.
Perkhidmatan bas komprehensif MyBAS yang merangkumi kawasan bandar dan pinggir bandar di seluruh Johor.
Perkhidmatan shuttle bersama Grab bagi menyokong keperluan mobiliti jarak pendek dan menghubungkan ke nod pengangkutan utama.
Kemudahan Park & Ride strategik di kawasan pinggir bandar bagi menggalakkan pengguna beralih kepada pengangkutan awam.